Sejarah operasi Mikoyan_MiG-29

MiG-29 pertama kali dilihat di khalayak ramai di negara Barat semasa lawatan ke Finland pada bulan Julai 1986. Dua buah pesawat dipamerkan di Pameran Udara Farnborough di Britain pada bulan September 1988. ahun berikutnya, pesawat ini melakukan penerbangan pertunjukan di Pameran Udara Paris pada 1989, di mana sebuah MiG-29 telah terhempas (tanpa kemalangan jiwa) semasa hujung minggu pertama pameran ini.[7] Pertunjukan di Pameran Udara Paris adalah merupakan pertunjukan kali kedua bagi pesawat pejuang Soviet di pameran udara antarabangsa sejak tahun 1930-an. Pemerhati Barat kagum akan keupayaan ketara and kelincahan menakjubkan yang ditunjukan oleh pesawat MiG-29.

Aksi dalam pertempuran

Kesatuan Soviet telah mengeksport MiG-29 ke beberapa negara membangun. Disebabkan pesawat pejuang generasi keempat memerlukan juruterbang untuk menjalani latihan ekstensif, kemudahan pertahanan udara dan penyelenggaraan dan tingkat upaya yang berterusan, pesawat MiG-29 memeliki sejarah operasi yang berbagai-bagai dengan tentera udara dari negara yang berlainan.[penyelidikan asli?] Sebagai contoh, MiG-29 mempunyai sejarah operasi yang mengagumkan dengan Tentera Udara India yang mana telah banyak melaburkan dana ke atas pesawat ini, walaubagaimanapun pesawat ini tidak mempunyai rekod baik semasa berkhidmat dalam di negara-negara seperti Iraq dan Yugoslavia.

  • Pada 1991, juruterbang MiG-29 Iraq telah melibatkan pesawat ini dalam pertempuran semasa Perang Teluk. Berdasarkan rekod Tentera Udara Amerika Syarikat, lima buah MiG-29 telah di tembak jatuh oleh pesawat-pesawat F-15 Eagle.[8] Juruterbang Iraq telah menerbangkan lapan buah MiG-29 ke Iran yang mana pesawat-pesawat ini kemudiannya telah diserap ke dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Iran. Tentera Udara Iran sekarang juga telah membeli dan menggunakan MiG-29.
  • Pada 1999, dua buah MiG-29 milik Tentera Udara Eritrea telah ditembak jatuh oleh pesawat Sukhoi Su-27 milik Tentera Udara Ethiopia yang diterbangkan oleh juruterbang upahan Rusia (berdasarkan beberapa laporan) [perlu rujukan]; kejadian pertama berlaku pada 25 Februari 1999 dan kejadian kedua pada 26 Februari 1999. Terdapat beberapa laporan lain yang menyatakan pesawat MiG-29 Eritrea telah menembak jatuh pesawat dua buah MiG-21 Ethiopia. Laporan lain menyebut pesawat MiG-29 Eritrea telah menembak jatuh tiga buah lagi pesawat MiG-23. Hanya sedikit diketahui berkenaan konflik kecil ini dan laporan dari kedua-dua pihak adalah tidak lengkap. [10]
  • Pada 20 April 2008, pegawai-pegawai Georgia telah menuduh pesawat MiG-29 Rusia menembak jatuh Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) Hermes 450 milik Georgia dan sebahagian rakaman video dari pesawat UAV malang ini menunjukan dengan jelas pesawat MiG-29 melepaskan peluru berpandu udara ke udara ke arahnya. Rusia telah menafikan pesawat MiG-29 adalah miliknya dan menyatakan bahwa tiada juruterbangnya berada di udara pada hari tersebut. Pentadbiran pemisah Abkhazia mendakwa UAV tersebut telah ditembak jatuh oleh pesawat L-39 "disebabkan ianya telah menceroboh ruang udara Abkhazia dan melanggar perjanjian gencatan senjata."[11] Penyiasatan oleh PBB memutuskan video tersebut adalah tulen dan UAV ini telah ditembak jatuh oleh pesawat MiG-29 atau Su-27 milik Rusia menggunakan peluru berpandu panduan haba R-73. [12]
  • Pada 10 Mei 2008, pemberontak dari Pergerakan Kesamaan dan Keadilan Darfur telah menyerang ibu negara Sudan. Semasa serangan ini, pesawat MiG-29 Tentera Udara Sudan telah ditembak jatuh oleh tentera pemberontak dengan menggunakan tembakan mesingan berat 12.7 mm dan 14.5 mm semasa pesawat ini menyerang konvoi kenderaan di pinggir bandar Omdurman, Khartoum. Pesawat ini diterbangkan oleh juruterbang upahan Rusia. Juruterbang ini telah terbunuh apabila payung terjun yang digunakan tidak terbuka semasa melenting keluar dari pesawat. Angkatan tentera Sudan berjaya menangkis serangan ini dan kerajaan Sudan telah menyalahkan Chad kerana menyokong serangan oleh tentera pemberontak. [13] [14]

MiG-29 dalam perkhidmatan India

Tentera Udara India telah memesan lebih daripada 50 buah pesawat MiG-29 pada tahun 1980 semasa pesawat ini masih dalam fasa pembangunan awal. Semenjak digunakan oleh Tentera Udara India pada 1985, pesawat ini telah melalui beberapa siri pengubahsuaian dengan penambahan sistem avionik baru, sub-sistem, enjin turbofan dan radar.[15] Versi dipertingkatkan ini dikenali sebagai Baaz (Hindi: Hawk) dan membentuk komponen penting bagi angkatan pesawat bantuan serangan dalam Tentera Udara India selepas pesawat Sukhoi Su-30MKI.

Rekod operasi pesawat MiG-29 yang baik telah membuatkan India untuk menandatangani perjanjian dengan Rusia pada 2005/06 untuk meningkat upaya 67 buah pesawat MiG-29 yang bernilai AS$ 888 juta. Di bawah perjanjian ini, Rusia telah menukarkan radar asal N-019 dengan radar Phazatron Zhuk-M. Rusia juga telah memberi kebenaran kepada firma India iaitu Hindustan Aeronautics Limited lesen untuk mengeluarkan 120 enjin turbojet RD-33 siri 3 untuk program peningkatan ini[16]. Pesawat MiG-29 juga telah dipasang dengan peralatan pengisian minyak di udara untuk meningkatkan kemampuannya.[17] Pada 2008, Tentera Udara India akan menganugerahkan kontrak kepada MiG Corporation yang bernilai AS$ 900 juta untuk meningkatkan kesemua 69 buah pesawat MiG-29. Peningkatan ini termasuk sistem kawalan senjata, avionik, ergonomik kokpit, peluru berpandu udara ke udara, peluru berpandu udara ke darat keketepatan tinggi dan bom udara "pintar". Pesawat MiG-29 yang ditingkat upaya ini juga mempunyai keupayaan tempur melangkaui ufuk yang dipertingkat. Enam buah MiG-29 kumpulan pertama akan menjalani program tingkat upaya di Rusia sementara 63 buah MiG-29 yang selebihnya akan di jalankan di kemudahan Hindustan Aeronautics di India. India juga telah menganugerahkan kontrak berjuta dolar kepada firma Israel Aircraft Industries bagi membekalkan avionik dan sub sistemnya untuk kerja-kerja tingkat upaya ini.[18]

Konflik Kargil

Pesawat MiG-29 India telah terlibat dalam Perang Kargil di Kashmir pada tahun 1999. Tentera Udara India telah menggunakan pesawat MiG-29 secara luas untuk mengiringi pesawat Mirage 2000 yang digunakan untuk menjatuhkan bom panduan laser ke atas sasaran-sasaran musuh. Berdasarkan sumber-sumber dari India, dua buah pesawat MiG-29 dari Skuadron No. 47 (Pemanah Hitam) berjaya mengunci dua buah pesawat F-16 Fighting Falcon Tentera Udara Pakistan yang berada hampir dengan ruang udara India. Disebabkan India dan Pakistan tidak berperang pada masa itu, pesawat MiG telah diarahkan oleh pusat arahan Tentera Udara India untuk menghentikan tindakannya.[19] Selepas kejadian ini, Tentera Udara Pakistan telah mengarahkan pesawatnya untuk berada dalam ruang udara Pakistan. Bagaimanapun, dakwaan ini telah disangkal oleh Tentera Udara Pakistan dan tidak terdapat bukti untuk menyokong dakwaan Tentera Udara India. Semasa konflik ini, pesawat MiG-29 Fulcrum telah dipersenjatai dengan peluru berpandu RVV-AE dengan keupayaan BVR membolehkannya untuk menguasai ruang udara.

MiG-29 dalam perkhidmatan dengan Yugoslavia dan Serbia


Tentera Udara Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia telah membeli sejumlah 14 buah MiG-29 dan dua buah MiG-29UB daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1987. Pesawat telah ditanda sebagai L-18 (Lovac, pejuang), atau NL-18 ('Nastavni Lovac, pejuang latihan) untuk versi "UB".

Nombor siri pesawat pejuang MiG-29 dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Yugoslavia:

  • MiG-29: 18101-18114
  • MiG-29UB: 18301-18302

Perang NATO menentang Republik Persekutuan Yugoslavia

Perang MiG terus digunakan dalam Tentera Udara RPY dan akhirnya dengan Tentera Udara Serbia. Semasa sekatan senjata yang dikenakan ke atasnya, keadaan pesawat MiG semakin buruk. Apabila operasi Tentera Bersekutu dimulakan, pesawat MiG Yugoslavia telah berusia 15 tahun dan kekurangan alat ganti. Dua buah pesawat MiG-29 pertama yang dimusnahkan adalah No. 18112 (Mej. Iljo Azrinov, ditembak jatuh berdekatan Priština) dan No. 18111 (Mej. Nebojša Nikolić, berdekatan Titel), pada 24 Mac. Mereka terbang dari Pangkalan Udara Slatina. MiG-29 No. 18106 yang diterbangkan oleh Mej. Predrag Milutinović telah ditembak jatuh berdekatan Kruševac pada hari yang sama. Pada 26 Mac, MiG-29 No. 18114 yang diterbangkan oleh Mej. Slobodan Perić dan No.18113 yang diterbangkan oleh Kapt. Kelas Pertama Zoran Radoslavljević berlepas dari Pangkalan Udara Batajnica untuk memintas pesawat NATO yang terbang tinggi – iaitu dua buah F-15C yang melakukan tugas tinjauan udara rapat berdekatan Bosnia. Perić telah ditembak jatuh berdekatan Bijeljina, dan telah melenting keluar dengan selamat, akan tetapi Radoslavljević, yang ditembak jatuh berdekatan Valjevo telah terbunuh. MiG-29 No.18110 yang diterbangkan oleh Mej. Slobodan Tešanović telah terhempas berdekatan lapangan terbang Užice-Ponikve dalam penerbangan biasa pada 4 Mei. Pesawat MiG terakhir yang dimusnahkan di udara adalah MiG-29 No.18109 yang diterbangkan oleh Kolonel Milenko Pavlovic, komander Rejimen Penerbangan Pesawat Pejuang ke-204, turut terbunuh. Kolonel Pavlovic menerbangkan MiG-29 untuk memintas serangan pesawat NATO di Valjevo, kawasan kediamannya, yang mana berlaku gempa bumi pada malam sebelumnya dan kemudian oleh serangan berat NATO. Terlambat ke tempat kejadian dan kegagalan sistem persenjataan dan navigasi pada pesawatnya, Lt.Kol. Pavlovic kemudian dipintas oleh pesawat F-16C Tentera Udara A.S. Lt. Col. Pavlovic telah ditembak jatuh dalam masa yang singkat dan telah terbunuh.

Selepas perang

MiG-29 No. 18108 milik Tentera Udara Serbia di Pangkalan Udara Batajnica semasa Hari Penerbangan Serbia di St Elijah, 2 Ogos 2008

Unit ini terus menggunakan lima buah MiG-29 yang tinggal (pada kadar kekerapan yang rendah) selepas perang tamat, walaupun kehilangan pesawat ini ditampung oleh pesawat MiG-21 yang telah dikeluarkan dari Pristina selepas perang tamat. Pada musim bunga 2004, berita tersebar bahawa Tentera Udara Serbia dan Montenegro telah menamatkan operasi pesawat MiG-29, disebabkan pesawat ini tidak boleh lagi diselenggara.[20]

Kini, pesawat MiG-29 telah berkhidmat kembali dengan Tentera Udara Serbia. In the 101.LAE (ex-127.LAE together with ex-126.LAE), sebahagian dari Pangkalan Udara ke-204, pesawat MiG-29 pertama beroperasi pada Februari 2008, pesawat kedua pada Mac 2008 (versi UB no.18301) dan pesawat ketiga pada Mei 2008. Dua buah pesawat lagi akan beroperasi sebelum musim panas 2008, apabila enjin dan komponen-komponennya dihantar balik setelah dibaik pulih di Rusia. MiG-29 No.18101, pesawat pertama dibaik pulih, pertama kali dipertontonkan kepada umum pada 15 Februari, semasa Hari Ketenteraan Serbia dan Hari Kebangsaan Republik Serbia, semasa latihan ketenteraan "Sretenje 2008" di Niš. Pesawat ini diterbangkan oleh Kol Nebojska Djukanovic, Ketua Tentera Udara dan Ibupejabat Pertahanan Udara.[21] Pesawat MiG-29 kedua yang kembali dalam perkhidmatan (MiG-29UB No.18301) digunakan untuk melatih juruterbang 101. LAE tidak menerbangkan pesawat MiG-29 sejak 2004.[22] Kali terakhir pesawat MiG-29 Tentera Udara Serbia dilihat di khalayak awam adalah di Novi Sad semasa pertunjukan udara "Čenej 2008". Pesawat 18101, diterbangkan kembali oleh Kol Nebojska Djukanovic muncul pertama kali dengan penyamaran penglihatan dan penandaan kabur. Pesawat ketiga yang dibaik pulih (MiG-29 18105), bersama-sama dengan pesawat pesawat, telah dipertontonkan semasa latihan ketenteraan "Diplomac 2008".[23]

MiG-29 dalam perkhidmatan Jerman

Pesawat MiG-29 dengan warna emas, biru dan hitam.

Republik Demokratik Jerman telah membeli 24 buah pesawat MiG-29 (20 buah MiG-29A, empat buah MiG-29UB), yang telah memasuki perkhidmatan pada tahun 1988–1989. Selepas keruntuhan Tembok Berlin pada November 1989 dan penyatuan Jerman pada Oktober 1990, MiG-29 dan pesawat-pesawat lain dalam Luftstreitkräfte der NVA telah digabungkan ke dalam Luftwaffe. Selepas dipertingkatkan oleh DaimlerChrysler Aerospace (sekarang EADS) mengikut kesesuaian NATO, pesawat ini ditandakan sebagai MiG-29G dan MiG-29GT. Pada Mac 1991, sebuah pesawat MiG-29 telah dihantar ke Tentera Udara Amerika Syarikat untuk penilaian, bersama-sama beberapa pesawat Su-22 dan MiG-23.

Persekutuan Saintis Amerika mendakwa pesawat MiG-29 adalah lebih hebat berbanding pesawat F-15 Eagle dan pesawat-pesawat pejuang lain dalam pertempuran udara dekat disebabkan ciri Bidikan Senjata Lekapan Helmet (BSLH) dan pengendalian yang lebih baik.[24] Ini telah dibuktikan apabila pesawat MiG-29 Luftwaffe telah mengambil bahagian dalam latihan bersama DACT dengan pesawat pejuang A.S.[25][26] Juruterbang-juruterbang Luftwaffe secara berterusan memenangi pertempuran jarak dekat. BSLH telah memainkan peranan yang penting dalam kejayaan ini, membolehkan juruterbang Luftwaffe untuk mengunci sebarang sasaran yang dapat dilihat oleh juruterbang dalam medan penglihatan peluru berpandu, termasuk sasaran yang hampir 45 darjah terkeluar dari medan bidikan.[27] Secara perbandingan, pesawat A.S hanya berupaya untuk mengunci sasaran dalam medan bidikan sempit di hadapan muncung pesawat. Sehingga hujung tahun 2003, barulah Tentera Udara A.S dan Tentera Laut A.S berjaya mencapai Keupayaan Operasi Awal terhadap Sistem Ciu Lekapan Bersama Helmet.

Sejak 1993, pesawat NiG-29 Luftwaffe telah diletakkan dengan 1./JG73 "Steinhoff" di Laage berdekatan Rostock. Semasa dalam perkhidmatan dengan Luftwaffe, sebuah MiG-29 ("29+09") telah musnah dalam kemalangan pada 25 Jun 1996 disebabkan kesilapan juruterbang. Sehingga 2003, juruterbang Luftwaffe telah memiliki lebih 30,000 jam penerbangan dengan pesawat MiG-29. Pada September 2003, 22 dari 23 buah pesawat sedia ada telah dijual kepada Tentera Udara Poland dengan harga Simbolik € 1.[28] Pesawat terakhir telah dipindahkan pada Ogos 2004.

Pesawat MiG-29 ke-23 ("29+03") kekal dipamerkan di Laage sebelum dipindahkan ke Luftwaffenmuseum der Bundeswehr di Lapangan Terbang Gatow, Berlin pada 2006.[29]

MiG-29 dalam perkhidmatan Poland

MiG-29A 9.12 #4103 daripada Skuadron Taktikal ke-41 di Pangkalan Udara ke-31.

12 buah pesawat MiG-29 pertama (sembilan buah MiG-29A, tiga buah MiG-29UB) telah dihantar ke Poland pada 1989-1990. Pesawat ini telah ditempatkan di Mińsk Mazowiecki dan digunakan oleh Regimen Penerbangan Pejuang Pertama, pada tahun 2001 regimen ini telah distruktur semula sebagai 1 Eskadra Lotnictwa Taktycznego, atau Skuadron Taktikal Pertama. Pada 1995, 10 buah pesawat terpakai telah diperoleh daripada Republik Czech (sembilan buah MiG-29A, sebuah MiG-29UB). Setelah membersarakan pesawat MiG-21 dan MiG-23 pada tahun 2003, Poland hanya memilik 22 buah MiG-29 yang berperanan sebagai pesawat pemintas.

Pada 2004, Poland telah menerima 22 buah MiG-29 dari Luftwaffe. 14 buah darinya telah dibaik pulih dan dibawa kembali ke dalam perkhidmatan Skuadron Taktikal ke-41 dan mengantikan pesawat MiG-21nya. Pada masa sekarang, Poland memiliki sejumlah 32 buah pesawat MiG-29 aktif (26 buah MiG-29A, enam buah MiG-29UB) yang mana akan digunakan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2012-2015. Pesawat-pesawat ini ditempatkan dengan Skuadron Taktikal Pertama di Pangkalan Udara ke-23 berdekatan Mińsk Mazowiecki dan Skuadron Taktikal ke-41 di Pangkalan Udara ke-22 berdekatan Malbork. Setakat 2008, Poland merupakan pengguna pesawat MiG-29 terbanyak dalam NATO. Kemungkinan pemodenan pesawat ini untuk membolehkannya beroperasi sehingga tahun 2020-2025 telah dipertimbangkan, bergantung akan kemungkinan mewujudkan kerjasama dengan firma Mikoyan.

Sejak 2007, pesawat MiG disokong oleh pesawat F-16 Blok 52+ daripada Skuadron Taktikal Ketiga (mengantikan pesawat MiG-21) dan Skuadron Taktikal ke-6 (mengantikan pesawat Su-22), pada tahun 2008 pesawat F-16 juga akan digunakan oleh Skuadron Taktikal Ke-10 (mengantikan pesawat MiG-21).

Terdapat laporan tidak rasmi bahawa Poland pada satu ketika telah meminjamkan pesawat MiG-29 dari inventorinya ke Israel untuk penilaian dan setelah itu dikembalikan semula ke Poland, dipercayai telah difotokan untuk kegunaan Israel.

Pesawat MiG-29 di Amerika Syarikat

Pada 1997, A.S telah membeli 21 buah MiG-29 dari Moldova untuk penilaian dan analisis, di bawah persetujuan Kerjasama Mengurangkan Ancaman. 14 buah darinya adalah dari versi MiG-29S, yang dipasang dengan penyerak radar aktif di dalam tulang belakangnya dan berupaya untuk dilengkapi dengan persenjataan nuklear. Motif A.S untuk membeli pesawat ini adalah untuk mengelakan pesawat ini daripada dijual kepada Iran. Pada hujung 1997, pesawat MiG telah dihantar ke Pusat Perisikan Angkasa dan Udara Kebangsaan (NASIC) di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson berdekatan Dayton, Ohio. Sebuah pesawat MiG-29S Moldova kini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat di Wright-Patterson, dan sebuah pesawat MiG-29UB dipamerkan di ibu pejabat NASIC. Kebanyakan pesawat MiG-29S bekas milik Moldova dipercayai telah dilupuskan. Sebuah pesawat MiG-29 telah dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Nellis, Nevada, diwarnakan dengan warna Soviet, sementara sebuah yang lain ditempatkan di pangkalan ini dengan warna penyamaran asalnya. Sebuah MiG-29 juga dipamerkan di Stesyen Udara Tentera Laut. Sebuah yang lain dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara MacDill, tanpa kanopi, pesawat ketiga ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Goodfellow, Texas.

Seorang pengumpul persendirian, Don Kirlin, memiliki dua buah pesawat MiG-29 yang dibeli daripada Kyrgyzstan. Pesawat ini dipercayai tidak mempunyai sistem avionik, ekoran larangan Jabatan Negara, oleh itu sistem avionik dari negara Barat diperlukan. Pesawat ini ditempatkan di Lapangan Terbang Wilayah Quincy di Quincy, Illinois. Berdasarkan pekerja lapangan terbang, Kirlin membayar AS$ 100,000 untuk dua buah pesawat ini. Pesawat MiG-29 pada masa sekarang tidak boleh diterbangkan dan memerlukan pembaharuan menyeluruh.[30]

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan_MiG-29 http://air-usa.com/aircraft http://www.airforce-technology.com/news/news125548... http://www.aviapedia.com/fighters/mig-29vft-video-... http://www.codeonemagazine.com/archives/1995/artic... http://www.defense-aerospace.com/article-view/rele... http://www.defensenews.com/story.php?i=4431181 http://www.flightglobal.com/airspace/media/reports... http://www.flightglobal.com/news/articles/spain-of... http://www.india-defence.com/reports-1328 http://www.indiadaily.com/editorial/2077.asp